Saidatina Khadijah adalah orang pertama yang paling bijak dan berani mempercayai dan menerima nabi Muhammad sebagai rakan kongsi di saat orang tidak melihat kehebatannya. Beliau bukan sahaja menerima nabi sebagai rakan kongsi perniagaan, malahan rakan kongsi hidup (suami). Wanita ini adalah tokoh penting dan utama yang sangat berani dan bertanggungjawab mengambil risiko menerima, membiayai dan mengembangkan cetusan minda usahawan Rasullulah.  Itulah sebabnya beliau dikategorikan sebagai tokoh  usahawan ulung di zaman para sahabat …

Antara ciri-ciri usahawan Siti Khadijah yang boleh dicontohi:

1.   Iman yang kukuh.

2.   Fikrah dan penjiwaan yang bersungguh dalam kerja.

3.   Modal yang diberkati yang bebas dari penipuan dan subahat.

4.   Berilmu dan berkemahiran tinggi dalam perniagaan.

5.   Bersifat mendidik dan sentiasa memberi kemahiran kepada pekerjanya

6.   Sentiasa mensucikan harta dengan zakat, sadaqah dan wakaf.

7.   Berani membuat keputusan.

8.   Bijak membaca peluang perniagaan

9.   Bijak mewujudkan asas pasaran secara jujur.

10. Bijak memilih tempat dan pusat operasi gerakan pasaran.

11. Sanggup dan berani merantau jauh

12. Bijak memilih pengurus perniagaannya

Disunting dari cakap-cakap Pengerusi Eksekutif Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)